Buta.

Apakah erti kehidupan sesama kawan-kawan dan manusia..

Satu hari seorang lelaki kahwin dgn seorang perempuan cantik, tiba2 satu hari isterinya dijangkiti penyakit kulit yg secara perlahan2 menghilangkan kecantikannya. Namun hal itu berlaku sewaktu suaminya pergi ke sebuah tempat lain. Suaminya terlibat dalam kemalangan sehingga menjadi buta. Disebabkan itu perkahwinan mereka tidak terjejas kerana suaminya tidak dapat melihat penyakit isterinya yg menjadikannya huduh. Mereka saling sayang menyayangi sehinggalah isterinya meninggal dunia. Suaminya berasa sedih atas kematian isterinya, tiba2 seorg teman menyapanya, bagaimanakah kamu akan hidup selepas ini kerana buta sedangkan selama ini kamu dibantu isteri kamu? Suami menjawab, aku tidak buta, aku hanya berpura2 disebabkan tidak mahu isteriku sedih akan rupanya yg hodoh. Ia pastinya akan menyebabkan dia lebih derita, hanya untuk membahagiakan dirinya.
Moral: kadangkala lebih baik berpura2 tidak dapat melihat kelemahan org lain untuk bahagia
Tak kira brape kali gigi tergigit lidah, mereka tetap bersama di dalam mulut. Itulah kemaafan. Walaupun mata tak dapat melihay satu sama lain, mereka melihat benda lain bersama2, berkelip bersama dan menangis bersama, itulah penyatuan.semoga Allah memberikan kita penyatuan penyatuan dan kemaafan sesama kita
1. Bersendirian aku hanya boleh berkata, tapi bersama kita boleh berbicara.
2. Bersendirian aku hanya boleh bergembira tapi bersama kita boleh merayakan.
3. Bersendirian aku hanya boleh senyum tapi bersama kita boleh ketawa.

Itulah kecantikan hubungan manusia. Kita tiada apa2 berseorangan. Terus bersahabat.
Kata2 hikmat; pisau cukur sangat tajam tapi tak boleh memotong pokok. Kapak sangat kuat tapi tak boleh memotong rambut..
Moralnya: semua orang adalah penting bergantung pada keunikannya tersendiri., jgn perlekehkan orang lainโœŒ๐ŸปโœŒ๐Ÿป๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Leave a Comment